Thursday, September 16, 2010

Public Diary



Sepanjang cuti raya ni, 
I have ample time to spend on reading personal blogs. 

Blog is personal diary but made public.

Kalau zaman dulu-dulu, bila kita ada diary, gila-gila sorok diari tu supaya takkan ada orang jumpa. Malu gila wooo kalau ada siapa-siapa terbaca diary kita, then buat announcement cerita kat semua orang apa yang kita tulis dalam diary. Oh, memang terasa down gila bila kita secretly admiring someone, takde manusia yang tahu rahsia tu, cuma diary aje yang tahu, but suddenly rahsia tu terpecah bila orang baca diary kita. Lepas tu budak yang kita minat tu terus kita dah tak minat dah, siap bersumpah tu takkan minat dia sampai bila-bila!
Well, 
I had diaries before, siap jilid kan lagi, jilid 1, jilid 2, jilid 3, entah berapa jilid dah aku sempat buat koleksi lagi tau. 
Starting at matriculation college, baru la aku berjinak-jinak dengan blog, tu pun lepas subsribed internet kat rumah. Kelakar kan, nowadays our diary being intentionally posted kat internet so that satu dunia boleh baca. 
Dah tak rahsia dah, dah tak kisah pun kalau orang tahu isi hati kita.
Kalau boleh segala benda yang berlaku dalam hidup kita hari-hari, 
semua nak cerita, 
semua nak share dengan satu dunia.
Ada banyak jenis blog.
Ada yang personal, nak cerita tentang life dia hari-hari, every single little thing nak share. 
Ada yang purposely bicara pasal politik dan isu semasa, blog macam ni adakalanya sangat dry, adakalanya penuh dengan maki hamun. 
Ada yang sarat dengan perbincangan agama, sampai boleh buat m0dal bagi khutbah. 
Ada yang dibuat khusus untuk tujuan tertentu, misalnya blog pasal breastfeeding, blog nak share recipes, blog peminat yang obses dengan artis tertentu, dan banyak gila blog diwujudkan untuk berniaga online. 
Tapi sebenarnya kebanyakan blog adalah blog rojak, tak ada tema tertentu. 
Hmm… just like my blog!
Sometimes cerita pasal dunia nowadays, lepas tu ada selit cerita pasal perang kat Palestin, lepas tu cerita pasal jalan jam kat Lebuhraya Persekutuan, bila weekend ada posting pasal recipe pulak, then tiba-tiba kutuk kerajaan sebab nak hapuskan subsidi. Habis-habis kering idea, cut and paste aje article yang dicilok dari mana-mana. 
Aku admit, ada sesetengah blog sangat membosankan aku. 
Tapi itu kan very subjective, bosan pada kita mungkin sangat menyeronokkan bagi orang lain. Aku baca semua jenis blog, tapi tak semua blog aku akan kunjungi buat kali kedua, sebab sometimes rasa tak worth reading.
Worth reading or not, it depends on diri kita. 
Sometimes kawan-kawan kita memang tulis blog yang merapu meraban, tapi bila pemilik blog adalah kawan kita, kita rasa excited nak baca, at least untuk ambil tahu perkembangan hidup dia currently. 
Ada juga blog yang penuh dengan kata-kata nista, tapi aku tetap rasa worth reading sebab di sebalik kata-kata mencarut tu, ada pandangan dia yang sangat masuk akal, cuma mungkin dia zahirkan dalam cara yang tak sepatutnya la kan. 
Kalau blog tu bicara pasal politik dan perkembangan semasa dalam negara dan dunia, aku tengok siapa penulisnya, kalau setakat orang biasa-biasa yang saja-saja nak ada blog so that dia boleh suarakan pandangannya, aku tak minat nak baca, sebab lebih baik aku baca blog yang lebih berautoriti dan diyakini. 
Kadang-kadang aku singgah kat blog yang bercakap pasal agama, tapi ada masanya ilmu yang disampaikan kat dalam tu terlalu tinggi untuk orang awam, perbincangannya terlalu detail sampaikan aku rasa blog tu is intended untuk para ilmuwan yang ahli dalam bidang agama aje, bukan untuk orang biasa macam aku. 
Ada ketikanya aku visit juga blog entah siapa-siapa yang aku tak kenal. 
Kalau first visit tu rasa macam blog dia asyik cerita tentang diri dia aje, most probably itulah kali pertama dan terakhir aku singgah kat blog tu, sebab aku tak minat nak ambil tahu hal ehwal orang yang tak ada kena mengena dengan aku. Tapi kalau first visit tu there is something that captures my attention, aku akan singgah lagi dan lagi dan lagi. Maksudnya blog tu is worth reading though kat surface nampak macam blog biasa-biasa aje. 
Dan banyak jugak blog yang bila aku singgah, terasa kerdil diri ini, sebab blog di0rang duk cakap benda-benda hebat, my blog pulak hanya mengomel benda-benda kurang penting yang takde impact apa-apa.
My blog?
aku tak peduli pun pasal nak upgrade ke, 
nak bina reputasi melalui blog ke, 
nak buat kawan baru ke, 
nak letak iklan ke, 
nak letak gambar glamour banyak-banyak ke, 
semua tu are not my interest, okay! 
I just write what I want to. 
Aku tak pernah bother pun nak pergi siasat traffic kat my blog ni macam mana. aku tak kisah pun nak tahu siapa yang baca this blog, walaupun s0metimes segan juga bila dapat tahu close family members, lecturers, jiran tetangga, etc rupa-rupanya duk baca blog picisan ni. aku tak ambil pusing pun pada yang nak hentam aku because of what I wrote, silakan, tidaklah menjadi kudis sampai aku terasa nak berhenti tulis blog.

4 comments:

  1. wahh..sepupu akak ada blog. bagus2.. boleh geng =)

    ReplyDelete
  2. Hai I datang ngorat kat blog u. adik u afif dah besarla, dah hensem muka cam u.bile u nak post entry baru nie...

    ReplyDelete
  3. kak huda! y0u ada bl0g ke kak? t i visit2 yea..

    ReplyDelete
  4. mwahaha!
    kak farah!
    y0u kt sini?
    heheh.
    iyea,dah besar bdk tuh and s00n jadi abgchik pulak.
    sebaya dgn baby y0u lah nnti. ;)

    ReplyDelete