Aku cadangkan korang dengar lagu Miley Cyrus title dia 'The Climber'.
Eh.
Dak dak.
The Climb je.
Sigh.
Mesti korang rasa korang nie tak ada cukup matlamat hidup kalau hidup korang dari dulu zaman mak ayah duk bagi wang saku sampai lah ke zaman kena korek saku sendiri masih statik je,
routine harian yang sama setiap hari.
Routine belajar.
bangun. pergi kelas. lunch. habis lecture. dinner. teng0k tv sikit. tid0r. bangun. pergi kelas. lunch. g0sip sikit. balik kelas. dinner. tgk tv sikit. tid0r.
dan seterusnya.
Routine bercuti.
bangun pagi/tengahari/petang. lapar. pergi cari makanan kat dapur.
pergi cari maggi bagi yang bujang dan tak berduit macam aku.
sob sob. baring-baring depan tv. tak tahu nak buat apa. kembali masuk sarang. tidur. dan outine tersebut akan berulang setiap kalinya cuti.
Come on, kalau nak maju dalam hidup mesti lah saling memanjat ke sana sini.
Tak gitu?
Even Thomas Edison masa dia nak cipta bulp lamp dulu pun confirm-confirm orang kata dia gila.
"ape kejadahnye yop buat lampu-lampu tuh. pakai pelita minyak tanah udah ler."
Apatah lagi Albert Einstein, dah memang rupa outcome dia terlalu banyak berfikir pun dah serupa suku normal je jadinya.
Tapi.
Ada ke dia orang kisah dengan cacian dan makian orang yang sangat skeptical/plastical/muluttakdekinsuranstical?
Even cerita melayu dulu kala pun ada pasal Angan-angan Mat Jenin.
Kalau kita tak berangan, korang agak-agak Malaysia nie nak ke bayar Kisho Kurokawa untuk design KLIA?
Terjadikah angan-angan Twin Tower KLCC by Cesar Pelli tu ada kat Malaysia?
Tiba-tiba aku teringat kisah Tun Dr Mahathir masa dia mula-mula bagi cadangan nak wujudkan Putrajaya.
Satu Malaysia gelak kat dia!
Berapa ramai yang mengatakan Tun dah makin nyanyuk. Tak boleh berfikir dengan waras.
Tak kurang jugak yang protes.
Kononnya, "Siapa yang nk tinggal kat dalam ladang kelapa sawit tu Che Det oi."
Tapi sekarang, hampir 80% gambar-gambar yang ada dalam friends aku dalam Facebook mesti ada background jambatan Putrajaya/Masjid/Monumen/Perbadanan.
Siapa kata Che Det dah nyanyuk? Tu lah orang cakap, we have to think beyond.
Dan yang paling penting, hargailah setiap sen duit yang mama babah kita berikan kerana bukan senang nak dapatkan even segelas air teh 'O' kalau kita dah terpaksa mencari duit sendiri.
Alangkah bestnya hidup kalau boleh jadi macam ni,
"Pa, can you 'lend' me some money, 10K only, its for my entertainment allowance and also, OMG that Bugati Veyron is so damn perfect for me".
Jangan lah jadi begini yea rakan-rakan.
Unless kalau mak korang Zetti Akhtar Aziz.
korang bagi je kertas kosong untuk dia sign, dah jadi duit.
Moral of the story, biarlah apa orang nak kata kat kita. janji kita tak mintak duit ataupun belas ikhsan dari sesiapa dan rezeki yang kita dapat adalah yang HALAL dan diredhai Allah S.W.T.
Amen.
p/s: entri nie khas untuk rakan-rakan seperjuangan TAFSIS dan rakan-rakan yang sering berada di sisi ketika susah dan senang. Kawan yang bergelar SAHABAT memang sukar dicari, tapi Alhamdulillah,
aku berjaya menjumpai SAHABAT-SAHABATku yang aku percayai dan sayangi.
aku berjaya menjumpai SAHABAT-SAHABATku yang aku percayai dan sayangi.
No comments:
Post a Comment