Friday, April 22, 2011

Nada Murni


Aku suka dengar lagu kuat-kuat dalam kereta, buka volume sampai 28. 

Sebab ada lagu bung bang bung bang dalam kereta, aku pun suka drive ikut jalan jauh dan syok kalau dapat berhenti kat traffic light kaler merah, boleh dengar lagu lama-lama. 

Ishhh… tah apa kena tah. 
Tapi disebabkan aku masih waras dan fikir jugalah apa yang baik apa yang tidak takdelah buka lagu-lagu artis Malaysia yang lirik tak boleh blah, asyik merapu cintan-cintun, luah perasaan macam hape dan lirik yang langsung tidak membina tahap sastera aku. 
So aku dah ban diri aku dari buka SinarFM, HotFM, Era, MuzikFM dan lain-lain tu yang DJnya asyik merapu aje macam orang tak educated. 
Lagu-lagu yang dipasang, okaylah, aku dengar juga, buat modal bersembang dengan kawan-kawan. 
Then aku dengar IKIM.fm, tapi IKIM.fm lately tahapahapa punya siaran tah. 
Kalau nak bersembang dan berdiskusi pun, budget-budget la time yang sesuai. 
Pulak tu, dia pasang lagu-lagu nasyid kontemporari yang telinga aku tak boleh terima. Tahulah, budak-budak kumpulan nasyid tu bukannya honest pun nyanyi lagu nasyid, diorang jadikan nasyid sebagai batu loncatan aje, esok-esok jadi Faizal Tahir dan Shahir AF8 jugak, jadi hampeh jugak!
So aku beli CD, buat pasang kuat-kuat dalam kereta. 
Kena selective juga, sebab lagu-lagu nasyid sekarang banyak yang hampeh. 
Diorang nyanyi tak sampai ke jiwa, padahal lirik dah power dah, dah boleh sentap dah naluri keinsafan ni. 
Tapi sebab diorang nyanyi syok sendiri asyik kawal vokal aje, maka roh nasyid tu tak sampai, kita yang dengar ni tak terasa terdakwah pun! 
Maka sudahnya, aku kembali kepada kumpulan nasyid lama-lama. 
Yang boleh pakai, Rabbani, Hijaz dan InTeam aje. 
3 kumpulan ni aje yang aku kira betul-betul bernasyid untuk berdakwah, mesej dakwah diorang sampai, in fact boleh menangis kita dibuatnya kalau hayati lagu-lagu nasyid dari mereka. 
Sekarang ni aku tengah gila dengar lagu Rabbani dalam kereta. 
Ada CD kompilasi khas selawat Nabi dan kompilasi lagu-lagu hits Allahyarham Ustaz Asri Rabbani sepanjang hayatnya. 
Oh, ya! 
Perbahasan tentang alat-alat muzik yang boleh dan tak boleh, rasanya benda tu dah lama resolved. 
Rabbani yang asalnya Nadamurni Al-Arqam yang langsung tak guna alat muzik bertiup dan bertali sebelum ni, dah mula guna gitar, keyboard, seruling, etc. selain dari alat-alat percussion. 
Apa yang penting ialah lirik lagu tu, adakah ia bertepatan dengan syariat? Daripada korang dok meleleh dengar lagu cinta kat minah nama Rozana, baiklah korang meleleh dengar rintihan hamba yang berdosa kepada Allah SWT.
Ya, memang boleh meleleh.
Ustaz Asri Rabbani memang gifted dengan suara yang sedap dan hebat. 
Maklumlah, dia pun terror mengaji ikut tarannum. 
Selalunya orang yang terror tarannum ni juga akan automatically terror menyanyi. 
Tapi orang yang terror menyanyi belum tentu ada bakat tarannum ye tuan-tuan dan puan-puan sekelian. 
Macam Siti Nurhaliza tu, menyanyi punyalah sedap, sekali bila dia mengaji, habis pitching sana sini berterabur, belum cakap pasal hukum tajwid lagi tu. 
aku tengok Siti mengaji masa dia nak nikah dengan Datuk K dulu. 
and Siti nyanyi lagu Asmaul Husna pun tahapahapa, makhraj huruf berlambak tak betul, ustaz mana la yang monitor recording dia tu. 
Ustaz Asri punya makhraj, fuhhh! Superb! 
Dah la lenggok dia nyanyi penuh seni tarannum, even though dia nyanyi lagu dalam bahasa Melayu. 
aku tak pernah jumpa vokalis nasyid sehebat Ustaz Asri Rabbani. 
Ada la yang macam klon Ustaz Asri sikit-sikit, penyanyi utama kumpulan nasyid Diwani yang dah pergi mana tah tu. 
Yang lain-lain tu, biasa-biasa aje. 
Termasuklah Munif Ahmad, vokalis Hijaz dan Nazrey Johani, vokalis Raihan. 
Even though diorang dulu sama-sama satu kapal dalam Nadamurni, menjalani latihan dalam kumpulan yang sama, tapi takde siapa boleh beat Ustaz Asri. 
Sebab tu Ustaz Asri dulu dapat gelaran Biduan Al-Arqam.
Aku membesar dengan lagu-lagu Nadamurni. 
Sejak aku tahu cara-cara nak tekan pulas butang radio, lagu-lagu Nadamurni la yang jadi halwa telinga kami adik-beradik. 
Masa tu mana ada hiburan alternatif. 
Kalau nak dengar lagu nasyid, boleh dengar time sambutan Maal Hijrah aje, yang kumpulan nasyid wakil negeri-negeri nyanyi atas pentas macam robot tu. 
Time tu takde CD lagi, ada kaset aje yang tali panjang tu, sekali adik-adik tarik tali tu, maka jadi arwah la kaset nasyid tu, takkan dapat diselamatkan lagi. 
Thanks to my father, didikan abah yang mengutamakan input yang baik dalam jiwa anak-anak. 
Abah haramkan lagu-lagu pop, rock, tradisional etc yang artis-artis dok nyanyi kat radio tu dari dipasang di rumah. 
Sebab tu aku berani cakap, sepanjang zaman kanak-kanak Ribena, aku mana pernah dengar radio. 
Cuma bila dah masuk darjah 5, aku dah pandai derhaka sikit, pengaruh kawan la. 
Dah mula kenal Sheila Majid, Ziana Zain, Nora, Ella, Wings, ramai la yang kenal. 
Siap buat buku skrap lagi tu, hafal lirik lagu! 
Dah tu berani buka radio kat rumah pulak tu, tapi time tu volume tak pernah lebih dari 2, takut kantoi dengan abah. 
Depan babah, berlagak baeeekkk punya, dengar Nadamurni aje. 
Ampun, babah! Hihihi.
Sesekali bila terkenangkan Allahyarham Ustaz Asri Rabbani, rasa sayu aje. 
Allah panggil dia pulang pada usia yang muda, baru 40 tahun. 
Tapi bayangkan, dengan usia 40 tahun yang Allah pinjamkan kat dia tu, berapa juta amal bakti yang Ustaz Asri dah buat melalui medium nasyid yang diceburinya sejak zaman Al-Arqam dulu. 
Entah berapa juta orang yang merasa terkesan dengan seruan dakwahnya melalui lirik-lirik nasyidnya. 
aku membesar dengan lagu-lagu beliau. 
aku rasa aku membesar jadi orang yang baik salah satu sebabnya ialah kerana input nasyid yang aku terima sejak kecil. 
Dalam nasyid tu, liriknya mendidik jiwa, buat kita dekat dengan Tuhan, buat kita selalu fikir dan muhasabah akan dosa kita, buat kita takut pada dugaan dunia dan berusaha untuk hidup dalam hidayah Allah, buat kita mengharap pada janji-janji Allah akan kemenangan Islam, buat kita insaf akan nasib umat Islam di bumi lain, etc. 
Tu belum lagi masuk bab lagu-lagu pujian pada Allah dan selawat atas Nabi yang didendangkan beliau yang bila kita dengar buatkan kita senang nak hafal dan seronok nak amal. 
Sekarang ni bila dengar CD kompilasi lagu-lagu hits Ustaz Asri Rabbani yang aku baru beli tu, ada ketikanya aku jadi sebak. 
Inilah tinggalan Ustaz Asri Rabbani, his legacy, lepas ni dah takde dah album baru dari beliau, yang dah pun senang-lenang menghadap Allah dengan timbunan saham-saham amal solehnya melalui lagu-lagu nasyid dendangan beliau. 
Hebat wooo cara Ustaz Asri Rabbani dipanggil Allah. 
Tak sakit kronik lama-lama, tak menyusahkan orang langsung. 
Tiba-tiba sakit jantung, rebah, meninggal dunia. 
Pulak tu, tengah-tengah nazak, sempat dia minta orang hulurkan Al-Qur’an. 
Kalau kita la, tengah-tengah nazak, entah apa yang akan sibuk kita fikirkan. 
Semoga amal jariah Ustaz Asri Rabbani berpanjangan, selagi mana lagu-lagu nasyidnya berkumandang dan memberi kesan dalam jiwa pendengarnya.
Ameen.

No comments:

Post a Comment