Saturday, July 2, 2011

Ekspresi Jujur


Pernah anda menatap orang terdekat anda saat dia sedang tidur?


kalau belum, cubalah sekali menatap mereka.

Saat itu, 

yang nampak adalah ekspresi paling suci dan paling jujur.

artis yang di pentas begitu bajet cantik dan gemerlap pun boleh nampak biasa
dan jauh berbeza jika dia sedang tidur.

orang paling kejam di dunia pun tika mana sudah tidur, hilang wajah bengis.

perhatikan abah anda ketika beliau sedang tidur.

badannya yang dulu tegap dan gagah itu kini tua dan lemah,

rambut-rambut putih mula menghiasi kepala,

betapa kerut merut mula terpahat di wajah.

orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.

orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

sekarang, beralih...

lihat ibu anda.

kulit mula berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu
kini kasar kerana tempaan hidup yang sukar.

orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.

orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang,

dan sayangnya, 

itu sering kita salah ertikan.

Pengorbanan yang kadang tertutup oleh silap faham yang kecil,

Entah kenapa selalu sahaja nampak besar.

secara ajaibnya, Allah mengatur agar pengorbanan itu,

agar boleh dilihat melalui wajah-wajah jujur mereka semasa sedang tidur.

pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.

dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.

tanpa kata, tanpa suara dia berkata :

“Betapa lelahnya aku hari ini”.

dan penyebab lelah itu?

untuk siapa dia berlelah-lelah? 

tak lain adalah kita.

resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan yang muncul jika mengingati itu semua.

bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tak lagi membuka matanya selamanya .

Semoga kita renungkan bersama.. :)

P/s : 

sememangnya aku gemar memerhati wajah-wajah yang sedang tidur.

kerana saat itu tidak lagi boleh berpura-pura atau memakai sebarang topeng lakon layar kebiasaannya. 

yang paling menenangkan pastinya wajah ibu bapa ketika tidur. 

hihi.. 

hati-hati ketika tidur, 

I might be watching you lepas tu kena snap snyap-senyap~ :P

No comments:

Post a Comment