Monday, April 16, 2012

Mustahil Berubah



Dalam hidup ini, 
jika awak ketahui,
 ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah.

Jantina 
Memang awak awak dan awak yang berkenaan boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. 
Tetapi awak langsung tidak mampu mengubah roh spirit diri awak sendiri. 
Terimalah diri semdiri, sama ada awak wanita atau lelaki. 

Orang Tua 
Kita mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun!
Apa cara? 
Jika orang tua kita seorang pemabuk, 
kaki judi atau pelacur, 
hormati mereka! 
jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kita kelak. 
Dunia kan bulat?
So what goes around will come around back.
jangan berhenti menasihati dan memberi teguran. 

 Kelahiran 
 Sudah ditetapkan Allah, 
sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. 
Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita mempertikaikannya. 

 Fizikal 
 Jika kita mempunyai rambut keriting, 
terima sahaja. 
Jika hidung kita kurang menarik atau kulit sawa matang, 
terima seadanya. 
Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan peliks dan langsung tidak semula jadi. 


Masa lalu 
 Ini sudah ditetapkan Allah. 
Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. 
 ‘Berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan. 

 Kedudukan dalam keluarga 
 Kedudukan kita sebagai anak bongsu, 
sulung, 
atau tengah, 
tidak boleh diubah. 

 Suku bangsa 
 Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, 
Jawa 
atau Cina. 
Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. 
Jika berubah maka berubahlah hidup kita. 

Dan sebenarnya,
perubahan yang pasti kita bisa lalui adalah berubah supaya kita menjadi lebih yakin dengan diri kita sendiri. 
Orang lain juga lebih yakin dengan diri kita. 
 Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah, padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama. 
 Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. 
Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip kerdipan mata hihi. 
 Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, 
dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, 
kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri. 
  Lakukan perubahan pada masa sekarang. 
Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. 
Ini kerana semakin lama kita bertangguh, 
ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. 
 Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. 
Jadi, 
ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan. 
 Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. 
Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. 
 Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. 
Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. 
 Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita. 
 Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, 
kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. 
 Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, 
kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. 
 Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.
Keep it up friends!
*motivated sangat sejak masuk pejabat hihi

No comments:

Post a Comment