Tuesday, June 5, 2012

Bawa Dalam Solat

Assalamualaikum!
Aku excited sangat nak beli perfume. 
Sebab apa? 
Sebab Mushariff kaki perfume.
Dia sorang saja tak apalah tahu itu tahu ini tapi tapi,
Aku rasa ketinggalan zaman, kolot plus jumud gila bila cakap soal perfume baru dengan dia.
What the?
So aku merantau la tanpa kenal penat, lelah dan jemu mencari campuran kimia yang berbau wangi ni. 
Then aku terserempak dengan kawan lama aku. 
So selepas berbual panjang ngan dia, aku tanya la pada kawan aku tu 
“wei, kau pakai perfume tak? Ada apa-apa perfume yang baru tak yang kau leh recommend kat aku?"
Then kawan aku yang kekampungan serta ketiadaan otak itu tiba-tiba buat-buat pandai serta sound aku 
“kau tau tak dalam perfume tu ada alkohol? Kau tau tak alkohol tu haram?”
Tak cukup dengan tu, dia tambah lagi.
“Sebab tu la kau nak tau kita kena sokong local products. Local punya gerenti halal. Tak ada benda haram ni.” (Ye ye betul tu -- kawan dia support) 
Memang, memang aku nak dengar semua ni bila jumpa kau.  
Dah la aku tak suka guna barang local, 
dia pergi suruh beli pulak.
Aku memang nak sound dia kaw-kaw, tp memberkan. 
Mungkin dia tak tau lagi yang alcohol and arak tu dua benda that damn way soo super very really tak sama. Dan dia juga tak tahu yang alcohol tu sentiasa ada disekeliling kita dan kita pakai setiap hari?
Sabun, shampoo, minyak rambut, deodorant, ubat sapu, ubat-ubatan serta ubat lintah ok yang last ni tak dikira.



Well, pernah tak dengar iklan di radio yang berbunyi semacam;
“Belilah ubat gigi jenama bla-bla, gerenti halal. Tanpa alcohol.” 
Bersama intonasi nada lagu yang menyakitkan hati walaupun dinyanyikan oleh kumpulan nasyid.
So aku tertanya-tanya. 
Dari iklan yang merapu serta mempunyai lagu yang teruk itu dah terbukti kebodohan masyarakat melayu serta pengetahuan tentang beza alcohol dan aplikasinya dalam arak/makanan/ubatan/penggunaan.kan?

First of all, merujuk kepada;
  1. Fatwa Majlis Kebangsaan, ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya.
  2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis. (so alcohol[bukan arak] boleh dibawa masuk dalam solat? Who knows)
  3. Fatwa almarhum Syeikh Sya’rawi (rh) dalam kitabnya ” Anta Tas al Wa Islam Tujib ” menjelaskan bahawa :” Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL
  4. Menurut Kitab ” Al Fiqh Al Muzaahibil Arba’ah” dalam bab ” An Najaasaat” juzu’ 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.
  5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu ” Tafsir Al Manar ” menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.
So nak lawan lagi? 
Aku belajar kimia di makmal universiti dan aku sering bermain ngan alcohol sama ada dari segi teori atau praktikal. 
So aku memang tak puas hati kalu orang bulat-bulat je cakap 
alcohol = arak, minuman memabukkan.
 sebab aku akan cakap kau = ketiadaan otak, bodoh la maksudnya tu.


Tapi aku tak brapa pasti sama ada penggunaan alcohol adalah halal tuk digunakan dalam solat. 
Tp aku rasa ianya adalah harus dalam solat, aku cakap aku rasa okay. 
cuba fikir. 
Dinyatakan najis(arak) tak boleh dibawa dalam solat. 
Tapi kalu kita baca betul-betul, 
arak yang tidak boleh dibawa solat dan bukannya alcohol benda yang tidak memabukkan serta bukan najis, tapi boleh membunuh kalau minum. 
 Apa pun apa yang difikirkan oleh logik akal tak akan mampu mengatasi yang telah tertulis dalam garis panduan Islam. 
Benda ni dibincangkan oleh fatwa, so berkemungkinan hal alcohol ni tidak dinyatakan secara detail dalam Quran.

2 comments:

  1. Tahu tak, alkohol sifatnya meruap? makanya ianya boley dibawa solat. Bila alkohol meruap makanya ia tidak melekat pd pakaian sekalipon ianya haram ;'))

    ReplyDelete
  2. strictly lah no maksiat dalam solat. setuju!

    ReplyDelete