Thursday, July 12, 2012

Kesayangan Muhammad SAW

Mengambil tauladan dari Aisyah ra yang dikisahkan mama dalam rutin selepas maghrib sebentar tadi.
Aisyah merupakan isteri Muhammad SAW sekaligus puteri As-Siddiq yang disegani dan diteladani oleh seluruh mukminah sepanjang zaman. 
Aisyah wanita pemilik kemuliaan yang tak tertanding.
 Aisyah ra manusia yang paling berilmu tentang quran kerana kehidupannya yang selalu bergandingan dengan pembawa risalah islam dan beliau menyaksikan Al Quran yang turun di rumah beliau. 
Aisyah ra wanita paling berilmu kerana faham bagaimana wujud pemaknaan Al Quran dalam kehidupan sehari-hari, dipraktikkan dalam perkataan, perbuatan, budi pekerti, akhlaq dan adab oleh Muhammad SAW.
Beliau juga wanita yang paling berilmu tentang hadith, fikh, perubatan, syair dan hikmah. 
Sehingga sangat wajar ketika Abu Bardah mengatakan: “Apabila ada sebuah permasalahan yang tidak diketahui di zaman sahabat, maka kami bertanya kepada Aisyah, dan kami memperoleh ilmu dari beliau”.
Subhanallah begitu besar darjat seorang wanita yang sangat dipandang tinggi di kalangan manusia kerana ilmu di dada yang jarang-jarang sekali kita temui di akhir zaman ini.
Sahabat yang lain mengatakan “Saya tidak mengetahui ada orang yang lebih berilmu tentang al quran, faraidh (ilmu waris), halal dan haram, syair, sejarah dan nasab kecuali Aisyah”.
Mama mengingatkan aku bagaimana wujud konkrit tarbiyah di atas manhaj nabawi pada diri Aisyah ra.
Allahuakbar!
Umar obnu Khatab ketika menjelang wafat berkata kepada Abdullah anaknya, “Pergilah kepada Aisyah, sampaikan salamku padanya, dan mintakan izin agar aku diperbolen dimakamkan di rumahnya bersama Rasulullah dan Abu Bakar.”
 Maka Abdullah pun berjumpa Aisyah ra dan menyampaikan pesan ayahnya.
Aisyah mengatakan, “Baik dan ini adalah sebuah kemuliaan.” dan melanjutkan dengan berkata “Wahai anakku, sampaikan salamku kepada Umar dan katakan padanya jangan tinggalkan umat Muhammad tanpa pimpinan, pilihlah khalifah bagi umat dan jangan tinggalkan umat dalam keadaan sia-sia selepas kamu kerana aku takut terjadi fitnah atas umat ini.”
Subhanallah, jujurnya ini bukan pertama kali aku dititipkan kisah-kisah kebesaran serta ketinggian ilmu yang dimiliki oleh para isteri Muhammad SAW namun bila mana mama sering mengingatkan aku tentang martabat seorang wanita berilmu itu dipandang tinggi di sisi Allah, terfikir aku sejenak banyak manakah ilmu yang memenuhi takungan jiwa aku sejak aku dilahirkan?
Bahkan ada sepatah ayat quran yang sempat aku ingat dalam surah Al-Kahfi, katakanlah: "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu".
MasyaAllah tidak tercapai akal fikiran manusia membayangkan betapa luasnya ilmu yang dimiliki Allah SWT langsung tidak setanding air di lautan!
Wahai wanita, saksikanlah bagaimana keagungan perjalanan mereka yang ditarbiyah dalam rumah tangga nabi.
Perhatikan bagaimanakah nasihat dan pandangan Aisyah ra untuk mengangkat khalifah setelah Umar, kerana risau terjadinya fitnah.
Seakan Aisyah menyaksikan hal-hal yang akan berlangsung di masa mendatang,
padahal tidaklah dia tahu tentang hal yang ghaib,
namun ini adalah firasat seorang mukmin yang beriman kepada Allah dan RasulNya.
Beliau tak hanya sebatas melihat tentang dekatnya kematian Umar dan tentang masalah di mana Umar akan dimakamkan, namun beliau melihat bagaimana kehidupan umat Islam setelah Umar meninggal.
Dari sini terlihat keluasan pandangan, jauhnya pemikiran ke depan dan sekaligus perhatian yang sangat besar tentang urusan umat Islam.
Inilah yang semestinya diteladani oleh wanita di zaman ini.
Keperibadian seorang Aisyah ra memberikan ibrah yang berharga bagi para mukminah.
Kedalaman ilmu, kecerdasan dan perhatiannya terhadap umat adalah warisan yang berharga yang terus bisa diwarisi sampai hari ini.
Terbukti dengan kedudukan beliau yang tertulis dalam tujuh orang di kalangan sahabat yang banyak menghafal fatwa-fatwa dari para sahabat.
Panji Islam di sepanjang sejarah akan selalu tegak dengan para penyandangnya.
Dan Aisyah adalah salah satu penegak panji Islam di awal terbitnya cahaya Islam.
Sebuah bukti bahwa wanita pun memiliki peranan yang sangat besar dalam memperjuangkan Islam.
Tidak hanya untuk membuang waktu untuk pelbagai pekerjaan yang sia-sia sebagaimana yang dilakukan oleh majoritinya muslimah di zaman ini termasuk diri aku sendiri yang serba daif.
Panji Islam memang akan tetap tertegak dengan para pejuangnya sepanjang masa,
namun apakah kita para wanita mukminah menjadi bahagian dari penyandang dan penegak risalah atau tidak,
maka jawabnya ada pada diri kita ;)

No comments:

Post a Comment