Seorang wanita pernah mengadu pada Rasulullah SAW, betapa malangnya menjadi orang perempuan,
kerana ibadahnya sentiasa kurang berbanding kaum lelaki,
disebabkan adanya haid dan nifas.
lalu Rasulullah memujuk wanita berkenaan dengan sebuah hadis yang aku tak berapa ingat dengan tepat,
nanti aku semak balik.
tapi Rasulullah pernah kata,
orang perempuan ni cukup senang masuk syurga, tapi hakikatnya nanti,
ramai perempuan akan ke neraka.
orang perempuan juga cukup senang kumpul pahala berbanding orang lelaki,
sebab orang perempuan mengandung, sakit melahirkan bayi, menyusukan, memelihara dan mendidik anak,
yang mana itu semua adalah keistimewaan wanita yang Allah tidak beri pada lelaki.
tiba-tiba jiwa aku jadi sayu.
aku rindu sangat dengan suasana masa aku belajar kat sekolah dulu.
I never regret my decision to quit my studies in SMATAF and continue at SMKAP for taking sciences stream,
up until now pun I still feel that it was a correct decision.
bila dah masuk Unisel,
slowly aku hargai suasana yang aku kecapi masa kat sekolah.
memang macam langit dengan bumi in term of roh Islam yang wujud di kampus.
I miss my iklim dini di sekolah agama perempuan Pahang.
diorang cakap ada group iRAKAN,
tapi dah 1 semester belajar kat Unisel kampus induk,
aku berani cakap yang budak-budak iRAKAN tu tak berpengaruh pun kat sini,
aktiviti tak gempak dan tak berkesan pun!
buktinya,
surau hostel lebih popular sebagai tempat wireless internet daripada tempat,
and girls kat sini berani pakai baju seksi masuk surau untuk main internet.
bercakap pasal agama kat Unisel,
tak ramai minat nak dengar.
kalau ada penceramah which quite religious,
pandai dia selit-selit bab agama dalam ceramahnya,
but obviously you can see students reaction macam mana.
hari-hari ada kuliah maghrib,
every night ada religious program,
every week ada usrah wajib or tak wajib,
nak bercakap dan berbincang isu agama sentiasa aje ada partners,
gejala sosial dalam sekolah ada pembanterasnya.
suasana memang Islamik,
saluran ada,
it’s up to you aje whether nak grab perkara-perkara baik tu or not.
aku cukup suka dengan musolla sekolah, makmur, ada penggeraknya.
tiap-tiap waktu solat,
even Subuh masuk pukul 5.40 pagi pun,
ada dua tiga baris saf muslimat solat berjemaah,
antara Maghrib-Isyak lagilah ramai.
tengah tunggu azan Subuh, Zuhur, Asar pun boleh dengar sisters baca Al-Qur’an,
while sementara tunggu Isyak memang occupied musolla tu.
kalau you dah lambat turun musolla,
anytime you nampak ada sister tengah solat,
you tepuk aje shoulder dia,
then kitorang akan solat berjemaah sebagai makmum masbuk.
how I really miss semua tu!
kat Unisel ni?
tambah-tambah aku ambil Biotech di Unisel,
budak-budak Unisel memang terkenal dengan perangai sosialnya,
tak payahlah nak elaborate.
tak payahlah nak elaborate.
mungkin salah satu faktor roh Islam tak kuat kat sini ialah sebab budak-budak course agama pun tak berusaha menerapkan tarbiah,
tak cuba galas tanggungjawab agama,
macam kat sekolah.
tapi tak boleh kata juga,
sebab budak-budak lepasan sekolah agama berlambak aje kat sini,
but then bila dah masuk Unisel,
instead of diorang mempengaruhi orang,
diorang pulak yang terpengaruh dengan orang lain.
berbalik kepada isu ibadah seorang Muslimah.
aku rasa sangatlah rugi bagi remaja-remaja perempuan Islam macam aku yang tidak mengambil kesempatan atas usia muda untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan.
sayangnya bila usia muda banyak dihabiskan dengan marathon menonton drama Jepun atau Korea,
daripada marathon baca Al-Qur’an.
sayangnya bila masa cuti tak sudah-sudah dihabiskan dengan outings ke bandar,
bercuti ramai-ramai dengan kawan-kawan,
tengok wayang,
daripada dimanfaatkan untuk sesekali join majlis ilmu.
aku semacam realize that masa muda aku seperti dihabiskan dengan sia-sia.
sangat takut tak sempat grabbed sebanyak mungkin ilmu dan ibadah.
aku cuba memandang semua perkara yang aku lakukan,
walaupun bukan ibadah khusus, semuanya ada pahala.
cuma aku terkilan bila tengok diri sendiri yang masih muda-muda ni buang umur macam tu aje.
sayang bila dah berkeluarga nanti baru nak kejar balik masa yang terbazir.
itupun kalau Allah bagi rezeki umur panjang.