Wednesday, December 15, 2010

Stesen Petrol



Aku kalau isi minyak mesti kena isi minyak Petronas. 

aku ada mentaliti aneh di mana tak boleh campur minyak pelbagai jenama takut enjin kereta kita keliru. 

di rumah aku ada sebuah stesen minyak Petronas. 
memang convenient la untuk aku isi minyak, keluarkan duit dari CIMB and menambah nilai kad Touch n Go. 
oleh kerana pergi stesen minyak menjadi rutin, aku ingin berkongsi tabiat yang boleh kita perhatikan di stesen minyak. 
aku keluar sahaja dari kereta, pandang nombor pam, ok nombor tiga. 
dalam fikiran aku dah cuba hafal dan siap buat lagu lagi sebagai teknik untuk ingat fakta macam aku selalu nyanyi susunan unsur kimia dalam jadual berkala. 
TIGAAA TIGAAAAA TIGAAAAAAAAA terkumat kamit mulut aku macam membaca mantera potong 18 kerat Mona Fandey. 
dengan penuh keyakinan aku pun pergi ke kaunter untuk membayar. 
sebaik sahaja tiba di kaunter, secara automatik aku akan hilang ingatan dan aku pasti akan menoleh ke arah pam untuk melihat nombor pam. 
berlaku setiap masa, usah nafikan.
ok yang ini pulak aku tak buat tapi aku selalu nampak orang buat. 
diorang ni memang tak pernah tengok cerita cina TVB agaknya. 
walaupun aku tak pernah dengar lagi stesen minyak yang meletup akibat orang bercakap di telefon bimbit, adalah baiknya jika kita ikut sahaja logo 'Dilarang menggunakan telefon bimbit' yang ditampal. 
orang kata ini semua Urban Legend. 
namun begitu, aku kalau nak isi minyak mesti aku tinggalkan telefon di dalam kereta kerana aku tak mahu jadi macam Charlene Choi. 
kalau aku nampak orang bercakap di telefon bimbit, aku tak nafikan yang aku ada sedikit berharap ada berlaku letupan kecil sebagai pengajaran buat mereka.
Di Petronas rumah aku ni, aku rasa ada seorang pekerja Nepal/Bangladesh ataupun India Muslim aku pun tak pasti. 
tugas dia adalah untuk membuat aku rasa awkward. 
aku baru sahaja lepas membayar, aku dah nampak dia dok tercongok tepi kereta aku tunggu aku buka tempat isi minyak. 
sambil dia isi minyak, dia akan cuba berbual-bual kosong dengan aku menggunakan tatabahasa yang terhad. 
tanya aku beli kereta dekat mana, berapa ringgit harga kereta dan tanya aku ada Kad Mesra ataupun tidak. 
lepas tu dah habis isi minyak dia masih berlegar-legar depan kereta aku tanya nak cuci cermin ke tak. 
belum sempat aku kata 'no' dia dan cuci dah cermin kereta dan cermin mata aku sambil meneruskan perbualan. 
habis cuci, dia masih tak reti nak beredar seolah-olah mengharapkan tips daripada aku.
sorry pak, orang Malaysia mana ada bagi tips melainkan tips ketika menjawab peperiksaan ramalan SPM. haha
and lately sekarang kat stesen minyak pun dah boleh dijadikan port untuk meminta sedekah. 
ada seorang budak perempuan kat Petronas, aku dah naik menyampah dengar rayuan dia. 
dia pun pandai, kita tengah isi minyak tak boleh nak melarikan diri. 
secara senyap-senyap dia datang dari belakang lepas tu memulakan ucapan 'Assalamualaikummmmmmm' dengan nada yang lembut sekali. 
dia tak tunjuk bukti bergambar mahukan ID peminta sedekah yang valid lepas tu terus minta aku beri derma ikhlas untuk rumah anak yatim. 
mula-mula tu aku kasihan aku berilah seringgit. 
tapi hampir setiap minggu dia membuat operasi aku pun menjadi hangin. 
aku hangin kerana aku nampak dia beli aiskrim Drumstick menggunakan wang derma tu. 
makan harta anak yatim berdosa besar kau tahu. 
so korang jangan terpedaya dengan dia, aku syak dia ni terlibat dengan sindiket peminta sedekah menggunakan kanak-kanak.
tahukah bahawa bau petrol boleh membuat aku ketagihan? 
korang pasti tahu kerana aku yakin k0rang pun bau. 
dan korang akan menyerap satu bau yang bisa membuatkan k0rang lalai dan alpa.
Okay. 
tak elok bau petrol di bulan Ramadan. 
makruh. 
kalau dah berbuka tak apa kot.

2 comments: