Sunday, January 29, 2012

A Ring


Kebelakangan ini, ramai yang bertanya tentang cincin di jari ini.
buat aku tersenyum sendiri.
aku sudah berpunya dan cincin ini jadi tanda?
aku tersenyum.
beberapa hari lepas juga aku mengadu pada ma tentang soal hati.
jawab ma cuma satu,
"Kosongkan hati. Jangan berjanji. Ma tak mahu kakak kecewa nanti.  Lagipun ma babah mungkin takkan lepaskan untuk kakak walimah dalam tempoh kakak sedang belajar. Zuriat yang hebat lahir dari rahim yang hebat. Ma izinkan kakak terus saling mengenali dengan syarat kakak tak ceroboh benteng maksiat dan sentiasa pelihara hubungan daripada maksiat dengan benteng iman. "
aku julang tinggi pandangan ma kerana aku tahu ma yang aku tumpangi rahimnya lebih memahami aku jauh lebih baik berbanding aku sendiri.
aku mahu terus jadi puteri kesayangan ma yang solehah inshaAllah. 
kerana itu, aku titipkan ini buat bakal zauj yang sudah Allah pilihkan buat aku kelak.
  
   

Buat kamu yang aku nanti dan damba *awaklah orangnya,
aku mahu kamu tahu betapa rasa dan getaran yang sangat hebat menziarahiku tatkala mataku singgah pada pasangan pasangan halal seusiaku.
Apalagi bila melihat anak anak kecil bermanja dengan mama babah mereka.
Namun aku juga percaya bukan sengaja Allah melambatkan pertemuan indah kita, namun Dia kan yang  menciptakan kita lalu kita tercipta dengan apa adanya kita hari ini.
Biarlah aku sabar berpanjangan asalkan aku tidak membelakangi Dia dalam mengatur perjalanan kehidupanku.
kamu juga punya rasa yang sama kan?
aku percaya itu.