Kau,
kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua bagiku.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Wahai kau yang aku hormati,
kau punya kelebihan ilmu, aku pula lebih pada nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu wahai kamu,
pimpinlah daku kerana aku sering tergelincir ditolak nafsu.
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.
Akan ku ameenkan doamu agar kelak luas syurgaku.
Lebih aku suka tika saat kau bangunkan aku bertahajud,
agar nanti di berkati ya Rabbi Ilahi.
Kenalkan aku pada majlis-majlis agama, ajari aku memahami Quran.
Kau ajaki aku mengalunkan jantung kitabullah di malam Jumaat penuh barakah.
Khabarkan padaku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu.
Bimbinglah aku dengan amar ma'ruf nahi mungkar.
Agar kelak,
aku sama kau,
melangkah dalam mawaddah hidup yang diredhai.

No comments:
Post a Comment