Sunday, April 8, 2012

Manfaatkan Pertunangan

Inilah satu-satunya tempoh terbaik untuk kita menguji sejauh mana si teruna mampu menjadi imam kepada kita nanti.
Menguji itu tidak salah. 
Gunalah pelbagai method yang ada. 
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, 
discussion method.
Jangan lupa waktu berbincang itu antara kita dan dia bukan suami isteri. 
Tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. 
Demand kita masih tinggi. 
Kita masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, discussion method ini tidak banyak digunakan dengan betul. 
Antara sebab utamanya adalah sudah jatuh hati dan berpendapat tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

No comments:

Post a Comment