Wednesday, April 11, 2012

Sahabat Kita





Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.


Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu. 

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik. 

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik pada kamu, dia akan menutupnya. 

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. 

Jika engkau berdiam diri kerana malu hendak meminta, dia akan menanyakan kesusahan kamu. 

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu. 

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. 

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu. 

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. 

Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. 

Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. 

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ibu bapa berhati-hatilah jika memilih sahabat kerana sahabat kita boleh bahagia dan sahabat juga mampu menghancurkan kita. 

Berhati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat yang tamak iaitu hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak dan mereka hanya mementingkan diri sendiri. 

Sahabat hipokrit iaitu menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal lampau, atau hal mendatang. Dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong. Jika ada kesempatan membantu, dia tidak sanggup. 

Sahabat pengampu. Mereka setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah. 

Yang parahnya, dia setuju dengan hal yang dia tidak berani menjelaskan kebenaran. Di depan dia memuji dan apabila di belakang dia merendahkan diri atau mengkhianati amanah kamu. 

Sahabat yang boros dan suka berhibur. Golongan itu menjadi kawan jika kamu suka berpesta, berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya.

Jadikan seorang sahabat seadanya!

seadanya ada tika senang mahupun susah.

No comments:

Post a Comment