Jangan kita berdendam malahan patut kita bersyukur.
Mengapa?
Kerana kita beruntung Allah menyayangi kita.
Dengan adanya ujian hidup,
Allah s.w.t sebenarnya ingin memberi kita peluang untuk kembali ke jalanNYA.
Beliau ingin kita mengubah nasib kita juga mempelajari kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan
Allah beri kita akal fikiran bukan?
Dimana kesalahan kita, apa yang patut dilakukan dan janganlah asyik menyalahkan orang lain sahaja.
Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.
Dendam itu salah satu perangai Syaitan.
Kita mahu contohi iblis dan syaitan atau contohi langkah Nabi Muhammad s.a.w?
Pasti Nabi Muhammad s.a.w bukan?
bunuhlah rasa busuk hati dan dengki itu pada orang-orang yang terdekat kita.
Jika mereka pernah membuat kesalahan atau dosa kepada kita,
tak usah dibenci.
Allah maha adil.
Allah maha mengetahui.
Beliau pasti menghukum mereka itu.
Dan sebagai umat islam,
janganlah kita mengetawakan mereka apabila sesuatu hukuman itu dijatuhkan.
Sebaliknya,
bukakanlah tanganmu dan izinkan mereka kembali ke pelukkanmu.
Berikan mereka waktu untuk memperbetulkan keadaan.
Kemudian,
sama-samalah tanam niat dan azam untuk memperbaiki diri.
Insyaallah kita akan mendapat ganjaran yang tinggi nilainya.
Kuasa dan cinta Allah s.w.t tiada siapa yang tahu :)
Wallahu’alam Bissawab



No comments:
Post a Comment